MAKANAN TEMPATAN ORANG SABAH
- BAMBANGAN
Gambar di atas merupakan buah bambangan yang merupakan salah satu makanan tradisi bagi masyarakat dusun/kadazandusun di Sabah. Rasa bambangan ini ialah masam manis. Kebanyakan masyarakat dusun/kadazandusun amat gemar makan buah ini kerana keenakannya.
Pada kebiasaanya, bambangan ini akan di makan bersama cili padi. Gambar di bawah merupakan contoh bagaimana bambangan ini disediakan dan sedia untuk dimakan. Bambangan ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun di jadikan lauk dan dimakan dengan nasi.
- TUHAU
Selain daripada bambangan, tuhau juga merupakan salah satu makanan tradisi Gambar di atas merupakan bagi masyarakat dusun/kadazandusun. Gambar di atas merupakan tuhau yang masih belum diproses. Tuhau ini akan dijadikan sebagai jeruk dan di makan bersama nasi.
Seperti dalam gambar di atas, tuhau tersebut telah diproses menjadi jeruk. Cara penyediaan tuhau ini begitu mudah sekali. Dimana, tuhau tersebut akan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian, akan dicampur bersama perahan air limau serta cili padi. Rasa tuhau ini ialah masam serta pedas bergantung kepada berapa banyak cili padi yang digunakan. Setelah siap, tuhau tersebut akan kelihatan seperti di atas.
Ini merupakan contoh tuhau yang dijual. Tuhau siap sedia ini boleh didapati di pasar dengan harga yang berpatutan.
- LADA PUTIH SABAH
Berikit merupakan contoh lain lada putih dimasak bersama pucuk manis.
- AMBUYAT
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam.
Pada kebiasaanya, ambuyat ini akan di makan bersama dengan sambal belacan. Ini kerana, ambuyat itu sendiri tidak mempunyai rasa atau kata lainnya tawar. Selain belacan, terdapat lagi lauk lain yang boleh dimakan bersama ambuyat ini.
Gambar di atas menunjukkan bagaimana ambuyat ini dimakan. Ambuyat ini boleh dimakan bersama lauk lain bagi menggantikan nasi.
- KUIH CINCIN
Kuih cincin ini juga merupakan salah satu kuih yang terkenal di Sabah.
- KUIH PENJARAM
Kuih penjaram ini boleh didapati di setiap pasar. Dimana kuih ini sangat sedap. Bahan itama kuih ini ialah tepung beras dan tepung gandum.
- AMPLANG
Amplang merupakan salah satu keropok yang yang berasaskan ikan. Amplang ini sesuai dimakan ketika beristirehat bersama keuarga. Amplang ini boleh ditemui di bahagian Tawau dan Sandakan.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)